Hanya perbankan islam

Hanya perbankan islam
Perbankan pilihan yang kami syorkan

Friday, 27 July 2012

Apa Skim Rumah Pertamaku???


Mungkin semua orang dah tahu pasal Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang telah diumumkan oleh Kerjaan Malaysia dalam Bajet 2011 untuk membantu golongan muda yang berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000.

Skim ini membolehkan para pembeli rumah untuk mendapatkan pembiayaan sebanyak 100% daripada institusi-institusi kewangan bagi
membolehkan mereka untuk memiliki hartanah kediaman pertama. Sebenarnya terdapat sebuah syarikat yang memberi jaminan kepada pihak bank yang terlibat atas pembiayaan lebih dari 90%. Syarikat tersebut ialah Cagamas SRP Berhad.
Jangan fikir sangat mengenai jaminan yang diberi oleh pihak syarikat Cagamas SRP Berhad. Ianya bukanlah untuk peminjam, sebaliknya untuk pihak bank yang bakal menanggung kerugian sekiranya berlaku kerugian terhadap pembiayaan tersebut. Para peminjam tidak terlepas daripada menanggung pinjaman sebanyak 100%.
Seperti mana kita sedia maklum, kadar faedah tetap atau kadar faedah terapung adalah tertakluk kepada sesebuah bank yang menyediakan perkhidmatan pembiayaan perumahan.
Biasanya kadar faedah yang dikenakan adalah tiada beza berbanding kadar semasa untuk setiap pakej yang bank ada.
Dalam kata lain Skim Rumah Pertamaku tidak menyediakan pakej kadar yang istimewa sebaliknya adalah hanya membantu menyediakan menambah jumlah pinjaman.

No comments:

Post a Comment