Bebaskan diri dari sistem Riba, Sokong dan martabatkan sistem perbankan islam sepenuhnya
Hanya perbankan islam

Perbankan pilihan yang kami syorkan
Friday, 27 July 2012
Apa Skim Rumah Pertamaku???
Mungkin semua orang dah tahu pasal Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang telah diumumkan oleh Kerjaan Malaysia dalam Bajet 2011 untuk membantu golongan muda yang berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000.
Skim ini membolehkan para pembeli rumah untuk mendapatkan pembiayaan sebanyak 100% daripada institusi-institusi kewangan bagi
membolehkan mereka untuk memiliki hartanah kediaman pertama. Sebenarnya terdapat sebuah syarikat yang memberi jaminan kepada pihak bank yang terlibat atas pembiayaan lebih dari 90%. Syarikat tersebut ialah Cagamas SRP Berhad.
Jangan fikir sangat mengenai jaminan yang diberi oleh pihak syarikat Cagamas SRP Berhad. Ianya bukanlah untuk peminjam, sebaliknya untuk pihak bank yang bakal menanggung kerugian sekiranya berlaku kerugian terhadap pembiayaan tersebut. Para peminjam tidak terlepas daripada menanggung pinjaman sebanyak 100%.
Seperti mana kita sedia maklum, kadar faedah tetap atau kadar faedah terapung adalah tertakluk kepada sesebuah bank yang menyediakan perkhidmatan pembiayaan perumahan.
Biasanya kadar faedah yang dikenakan adalah tiada beza berbanding kadar semasa untuk setiap pakej yang bank ada.
Dalam kata lain Skim Rumah Pertamaku tidak menyediakan pakej kadar yang istimewa sebaliknya adalah hanya membantu menyediakan menambah jumlah pinjaman.
Saturday, 21 July 2012
Cara mengetahui harga semasa rumah
Langkah yang paling penting sebelum kita memutuskan untuk refinance rumah adalah mendapat tahu anggaran harga semasa rumah. Ini penting kerana pembiayaan daripada pihak bank hanya memberikan maksimum 90% pembiayaan daripada harga semasa rumah. Jadi apabila kita mendapat maklumat tentang harga semasa perumahan maka barulah kita akan dapat tahu anggaran bayaran bulanan dan baki bersih ditangan. Pemilik rumah boleh pergi ke jurunilai dan meminta mereka untuk membuat laporan nilaian rumah tapi sememangnya ia melibatkan bayaran. Bagaimana pula jika pinjaman gagal di luluskan oleh pihak bank?
Ya betul!!! Kos yang anda keluarkan akan hangus begitu sahaja. Jadi langkah terbaik adalah dengan hanya memberikan maklumat berikut kepada kami 017 651 0354:
1-Jenis rumah
2-Alamat rumah
3-Saiz rumah
4-Jenis dan kos ubahsuai rumah (jika ada)
5-Anggaran harga semasa rumah yang diinginkan
Tidak melibatkan kos kerana kami akan menghubungi jurunilai berdaftar untuk mendapatkan nilaian semasa terkini yang akan digunakan untuk memproses permohonan pembiayaan anda dengan kami. Jadi nasihat kami adalah seboleh mungkin elak mengeluarkan pembayaran apabila membuat pembiayaan semula perumahan.
Tuesday, 17 July 2012
Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
Pengeluaran ini membolehkan anda mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan yang diambil bagi tujuan pembelian atau pembinaan rumah.
Pengeluaran ini adalah tambahan kepada pengeluaran perumahan sedia ada iaitu Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan.
Bayaran akan dibuat secara bulanan melalui sistem pengkreditan terus ke akaun bank ahli atau dibayar kepada pihak pemberi pinjaman melalui cek jurubank bagi pinjaman yang tertunggak [’Non Performing Loan' (NPL)].
Kelayakan Memohon
(i) Warganegara Malaysia; ATAU
(ii) Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di
bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos
1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan
KWSP; ATAU
(iii) Bukan warganegara Malaysia yang :
* Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
* Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)
Anda belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP. Umur maksimum yang dibenarkan ialah 54 tahun 6 bulan; DAN
Anda masih mempunyai simpanan dalam Akaun 2 sekurang-kurangnya RM600.00
Saturday, 14 July 2012
Dapatkan nasihat dari Bank bukan Pemaju untuk Skim Rumah Pertamaku
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) meminta golongan muda yang ingin membeli rumah pertama agar berhubung dengan pihak bank selaku pembiaya Skim Rumah Pertamaku dan bukannya pihak pemaju.
Pengerusinya Datuk Wira Idris Haron berkata hanya pihak bank sahaja yang mampu untuk meluluskan semua permohonan pembelian rumah pertama di bawah skim tersebut.
“Ini kerana pihak bank mempunyai semua data tentang maklumat peminjam sama ada seseorang itu benar-benar pembeli rumah pertama atau sebaliknya.
“Dari situ juga pihak bank boleh mengesahkannya dan sekiranya layak, pembeli rumah pertama di bawah skim tersebut berhak memiliki rumah itu tanpa sebarang bayaran deposit,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Sokongan Didikan Powertek Berhad 2011 di Paya Rumput di sini, Selasa.
Idris berkata golongan muda atau pembeli rumah pertama hanya perlu mencari rumah yang dikehendaki, mengisi borang dan menghantarnya ke 25 buah institusi kewangan terpilih.
Beliau berkata skim tersebut tidak terhad kepada kakitangan kerajaan sahaja di mana kakitangan swasta turut berhak menikmati tawaran skim tersebut dengan syarat mereka adalah pembeli rumah pertama.
Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan pada 8 Mac lepas merupakan inisiatif kerajaan dengan kerjasama Cagamas Bhd dan institusi kewangan bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup serta harga hartanah yang tinggi di lokasi-lokasi tertentu di Malaysia.
Melalui skim tersebut, golongan muda yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM3,000 boleh mendapat pinjaman 100 peratus daripada institusi kewangan terpilih untuk membeli rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000, dengan tempoh pembayaran balik sehingga 30 tahun.
Sementara itu dalam majlis yang sama, sebanyak 18 buah sekolah rendah di negeri ini menerima sumbangan kewangan berjumlah RM77,000 daripada Powertek Berhad di bawah Program Sokongan Didikan Powertek Berhad 2011 yang ketujuh.
Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Powertek Dr Ong Peng Su berkata pihaknya memperuntukkan sebanyak RM164,000 untuk membantu kanak-kanak sekolah mendapat pendidikan berkualiti.
MahSing Lihat Permintaan Pada Hartanah
Permintaan domestik bagi hartanah perumahan masih kukuh walaupun Bank Negara Malaysia (BNM) mengetatkan syarat-syarat pinjaman, kata pemaju hartanah.
Mah Sing Group Bhd, pemaju kedua terbesar di Malaysia yang disenaraikan berdasarkan hasil jualan, menyatakan, peraturan ketat yang diambil oleh BNM hanya melambatkan proses pinjaman dan tidak sama sekali memberi kesan kepada sektor hartanah.
“Walaupun BNM mengetatkan peraturan pinjaman bank pusat, kita yakin bagi segmen tertentu, dan kita harus menentukan bagi memenuhi jangkaan pasaran”.
“Terdapat permintaan yang berterusan dalam bahagian tertentu seperti hartanah perumahan yang melebihi RM1 juta di lokasi yang baik, terutamanya dalam kediaman yang berpagar dan berkawal,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Urusan Tan Sri Leong Hoy Kum, pada pemberita di luar persidangan Invest Malaysia 2012 di sini hari ini.
Sementara Pengarah Urusan Glomac Group/Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk FD Iskandar Mansor berkata harga permintaan bagi tanah perumahan di lokasi yang tepat bernilai antara RM200,000 hingga RM600,000.
“Tanah hartanah perumahan adalah sangat diperlukan. Statistik menunjukkan dalam tempoh enam bulan terakhir, rumah yang di bawah RM250,000 tidak dijual.
“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, peratusan hartanah perumahan dan perdagangan adalah sama, tetapi tahun ini kita dapat melihat alirannya bergerak lebih kepada hartanah perumahan.”
“Dari segi imbasan yang kami jalankan di Mutiara Damansara, menerima 90 peratus kadar keseluruhan penerima dalam tempoh sebulan pelancarannya awal tahun ini,” katanya.
Beliau berkata harga hartanah stabil tahun ini dengan pembeli lebih berhati-hati dalam pembelian hartanah dan dipengaruhi oleh kriteria pinjaman yang lebih ketat oleh BNM dan faktor luaran seperti pertumbuhan ekonomi dunia.
“Pada tahun 2009 dan 2010, harga hartanah naik pada kadar yang lebih cepat tetapi kini harga pada kadar yang stabil,” katanya.
Datuk Iskandar berkata selagi ada keyakinan dalam kuasa beli, ditambah dengan hakikat bahawa 67 peratus daripada penduduk Malaysia adalah di bawah umur 35 tahun, bahagian hartanah bersedia untuk dilaksanakan
Peluang sistem kewangan Islam berkembang
KRISIS kewangan kapitalis global yang bertunjangkan mekanisme riba, tekanan faedah berganda dan penindasan kini sedang melumpuhkan sektor perbankan dan ekonomi Amerika Syarikat (AS), Eropah dan beberapa negara dalam sekelip mata, sedang usaha pemulihannya masih buntu serta belum ada tanda ekonomi beransur pulih.
Dalam masa sama episod hitam itu secara relatifnya membuka mata masyarakat dunia kepada potensi sebenar, survival serta kejayaan sistem kewangan Islam yang dilaksanakan di Malaysia dan beberapa negara Islam di seluruh dunia dalam menangani krisis ekonomi.
Inilah masa dan medan terbaik bagi negara Islam memperkukuhkan struktur dan produk kewangan Islam mereka serta mengenengahkannya kepada dunia sebagai pilihan utama kaedah pemulihan ekonomi global.
Kemampuan sistem perbankan Islam tumbuh 15 peratus setahun mencerminkan ia bakal menjadi peneraju pasaran kewangan antarabangsa dengan cirinya tersendiri melawan arus deras institusi riba kapitalis. Sistem kewangan Islam bersifat kurang risiko dan lebih kepada amalan perkongsian keuntungan di samping mampu melindungi sistem kewangan itu daripada krisis kewangan global seperti sekarang.
Hakikatnya institusi kapitalis riba global sedang menuju kemelesetan dan pendokongnya bakal berdepan gelombang kemuflisan terbesar dalam sejarah yang membuka peluang kepada sistem kewangan Islam diterjemahkan kepada masyarakat dunia keseluruhannya.
Islam sangat mementingkan kesejahteraan umat dan memerangi segala bentuk sistem atau struktur berteraskan riba yang memudaratkan kehidupan manusia. Firman Allah, bermaksud, “Wahai orang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan saki baki riba jika kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya,” (Al-Baqarah: 278- 279).
Oleh itu, krisis dihadapi AS dan Eropah kini membuktikan sistem konvensional semasa berteras riba mempunyai banyak kelemahan dan ketidakseimbangan berbanding sistem kewangan Islam yang bebas riba. Ia dilihat semakin kukuh dan mampu bertahan dalam apa jua keadaan ketika dunia bergelut zaman meleset dan pergerakan ekonomi perlahan serta tidak berdaya saing, dijangka bakal mempengaruhi banyak negara di seluruh dunia, termasuk negara maju.
Ramai sarjana mengakui kesan positif krisis ekonomi dunia kini kepada sistem kewangan Islam yang berdaya tahan tinggi serta mempunyai pelan dan dana jangka panjang seperti institusi zakat, wakaf, baitul mal, sedekah, hibah dan sebagainya di samping inovasi dalam produk ekonomi Islam.
Malah, ini menjadi petunjuk kepada institusi kewangan dan perbankan konvensional supaya mencontohi sistem perbankan Islam berdasarkan keupayaannya yang terbukti berjaya.
Nilai keseluruhan aset kewangan Islam mencapai AS$1 trilion (RM3.52 trilion), malah turut dipraktikkan di lebih 75 negara, termasuk di negara yang didominasi masyarakat bukan Islam.
Sejak lima tahun lalu, pusat kewangan antarabangsa dilihat mula mempraktikkan sistem berkenaan, termasuk beroperasi di London, Singapura dan Hong Kong.
Antara produk utama dihasilkan daripada kewangan Islam adalah Sukuk dan Malaysia adalah pasaran terbesar produk berkenaan dengan bon keseluruhan bernilai RM211.2 bilion.
Ini kejayaan yang sangat baik dan perlu dipertahankan pada masa hadapan serta berusaha menambahkan lagi nilainya.
Mungkin ada hikmahnya terhadap apa yang berlaku kerana masyarakat dunia mula membuka mata kepada kelebihan dan kewibawaan perbankan Islam.
Diharapkan dengan perkembangan memberangsangkan di negara kita, banyak negara di Asia Barat akan melabur di sini kerana mereka sudah hilang keyakinan kepada pasaran dan situasi ekonomi di Barat.
Dalam menangani krisis kewangan pada 1997, Malaysia bernasib baik kerana mempunyai kepemimpinan yang bijak, berani dan berwawasan untuk melaksanakan langkah drastik, termasuk mengawal tukaran asing terpilih yang berjaya menghalang berlakunya kesan kitaran ganas ke atas ekonomi dan sosial negara kita.
Tambahan pula, industri perkhidmatan kewangan Islam seluruh dunia dijangka bernilai AS$2.8 trilion (RM9.57 trilion) menjelang 2010 nanti.
Menurut Pengarah Unit Perbankan dan Kewangan Universiti Monash (Malaysia), Profesor Bala Shanmugam, jangkaan itu dibuat oleh Badan Perkhidmatan Kewangan Islam Malaysia dan Bank Pembangunan Islam Arab Saudi bersandarkan kepada semakin banyak negara dan institusi kewangan global menyediakan perkhidmatan dan produk kewangan Islam pada masa ini.
Iklim ekonomi dan penyertaan yang semakin bertambah dalam industri itu membuka peluang kepada Malaysia dan negara Islam lain menjadi peneraju utamanya.
Industri global pula kini bernilai sekitar AS$531 bilion (RM1.816 trilion), menunjukkan penerimaan menyeluruh terhadap produk kewangan Islam.
Peserta sektor kewangan Islam tempatan juga bersedia untuk memasuki industri kewangan Islam antarabangsa berikutan penerimaan positif masyarakat global.
Langkah untuk meningkatkan kesedaran terhadap perkhidmatan kewangan Islam semakin dipertingkatkan kepada masyarakat Islam dan bukan Islam, termasuk mendedahkan umum kepada aktiviti pasaran modal Islam serta perniagaan takaful yang berkembang pesat.
Kerajaan konsisten mempelbagaikan konsep terbitan nota kewangan Islam sedia ada daripada berasaskan bai inah dan ijarah kepada murabahah yang mendapat sambutan. Dengan menerbitkan nota kewangan Islam menerusi struktur itu yang digunakan secara meluas di Timur Tengah terutamanya, ia boleh menyediakan platform bagi pelabur baru untuk melabur dalam kertas-kertas pembiayaan Islam dalam pasaran Malaysia.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif yang dikaitkan dengan pasaran kewangan Islam global, instrumen itu akan dipromosikan ke pasaran kewangan antarabangsa dari semasa ke semasa.
Sambil dunia memperakui pentingnya membangunkan produk lindung nilai Islam dalam pasaran kewangan Islam untuk menangani risiko, Malaysia bangun memperkenalkan perjanjian derivatif Islam global bagi mendokumenkan transaksi derivatif Islam yang dimulakan bank pusat dan dipacu industri kewangan menerusi pakatan serta kerjasama bijak.

Sejarah Rasulullah Membangun Ekonomi Islam
Sebelum Rasulullah hijrah ke Madinah, pasar dan sistem perdagangan di kota itu dikuasai dan dimonopoli sepenuhnya oleh orang–orang Yahudi. Maju dan mundurnya masyarakat Madinah pada masa itu secara tidak langsung diatur oleh kapitalis Yahudi. Di dalam masyarakat terjadinya penindasan, penzaliman dan riba dimana–mana. Setelah Rasulullah hijrah ke Madinah, sebagai pemimpin, Baginda tidak berdiam diri melihat kekacauan masyarakat Madinah yang bersumber pada eksploitasi oleh sistem ekonomi kapitalis. Langkah yang diambil Baginda adalah mengerahkan Sayidina Abdurrahman bin Auf, seorang hartawan, untuk membangun sistem ekonomi bertaraf ALLAH dan Rasul.
Sayidina Abdurrahman bin Auf memulakan dengan membangun pasar yang dikelola seratus peratus oleh umat Islam sendiri berlokasi tidak jauh dari pasar Yahudi, yang kemudian diberi nama “Suqul Anshar“ atau pasar Anshar. Semua orang Islam dihimbau untuk berjual beli dan melakukan semua aktiviti perdagangan di pasar itu tanpa bekerjasama sedikit pun dengan Yahudi dan tanpa terlibat dengan produk atau barang mereka. Dengan semangat perpaduan serta ketaatan pada ALLAH dan Rasul-Nya umat Islam saat itu menumpukan perhatian semata-mata di Suqul Anshar. Bahkan bukan itu saja, karana dalam sistem ekonomi Islam tidak ada penindasan atau riba serta amat memberi kemudahan dan di dalamnya juga terdapat semangat perpaduan dan rasa ber-Tuhan yang tajam, maka banyak orang bukan Islam dan orang luar kota pun tertarik untuk berdagang ke Suqul Anshar.
Hasil dari perjuangan itu maka dalam waktu singkat ekonomi Madinah beralih ke tangan umat Islam, sehingga ekonomi Yahudi yang sudah ratusan tahun, gulung tikar dan bangkrut bahkan mereka menjadi miskin dan akhirnya menutup pasar mereka. Oleh sebab itu jugalah sampai saat ini mereka sangat membenci dan dendam pada umat Islam dan sangat menginginkan secara ekonomi, umat Islam berada dalam kekuasaan mereka tanpa umat Islam menyedarinya.
Perpaduan umat Islam pada masa itu dalam ketaatan kepada ALLAH dan Rasul-Nya, berhasil membangun ekonomi Islam dan sekaligus merobohkan musuh tanpa berperang. Seharusnya kita sebagai umat Ijavascript:void(0)slam menganbil teladan dan mengikuti sunnah Nabi kita sebagai satu strategi untuk membangun sistem ekonomi Islam.
Subscribe to:
Posts (Atom)